December 7, 2012

Posto posto istimewa

Assalamualaikum.:-)

Post ini special. Special sangat-sangat:-)

Khas untuk:

Anis Auni binti Anwar

Hepi belated birthday! Sori sgt2 lmbt wish(walaupun dh wish haritu:-P) Semoga umur awk diberkati. N family awk hepi slalu. Huhuhu.

*sori tulisan xboleh lg bsr la:-P

Nah bear utk awk. Huhu

February 15, 2012

TUAH...

Assalamualaikum...
hari ni..
nk share pasal kumpulan saya *TUAH*



TUAH...
-consist of 10 member...
-sume 94 ye...
-group in the NS2DC (National Suborbital Spaceplane Design Competition)
-Product:

Revive-Next
Revive-Next
ni Suborbital Spaceplane kami...
named Revive-Next (amik drpd nama Revivena+, adjust skit2)
passenger 4 + 1 pilot (5 person total)
for suborbital travelling... (ni untuk pelancongan angkasa)
curved shaped wing... (laen drpd competitor laen)
Facebook TUAH - SBP Integrasi Gombak


any body yg xtau suborbital tu ape bole la google ye..
kalau ade recommendation bole la gitau ye...
gonna compete in final on 2,3,4 march... wish us luck!!

December 23, 2011

bestnye berada di integomb~~

Assalamualaikum.

tak brape reti nk berBLOGing ni....
bosan sgt ddk umah... so nk cte la skit psl my beloved school..
never regret la gi skola ni...



SBP Integrasi Gombak...
bg org area gombak, sbp n yg seangktn dgnnye msti da familiar...
ltknye kt Batu 8, Jalan Sungai Pusu, Gombak dkt je ngn UIA Gombak...
motto die simple je...
Benar, Tepat, Efektif
mase mule2 masuk sini, siyes tak penah dgr lgsung nme skola ni...
da la jaoooooooooooh dr umah... redha jela...

yg best ddk skola ni....
bnyk bnde br yg korg ssh nk jmpe kt skola laen...
contohnye..
1-
kalang cekal
kt cni la kitorng bkumpul stiap pagi (except ahad, n after Hafizuddin Roslan mntk ddk kls je after subuh)
xpenah jmpe mnde ni kt skola len... bertangge2.. sng cikgu nk tgk org bckp time p'himpunan... sng kitorg nk tgk ckg bsmbg...:P
nk wat persmbahan pn boleh je... sume org bole nmpk...
mlm lk ade spotlight.. so time nk exam QS ritu.. ade je org study kt cni... xde org ganggu...

2-
awan (lawa!!!)

ni la yg ak ske kt integomb ni...
sng je nk ingt kt integomb ni blik... tgk je awan, konfirm ingt integomb.. ckp je integomb, t'byg awan kt sne...
tu yg best 2.... gi luar negara pn nnt xde la susah nk ingt blik kt skola ni... tgk je awan..

3-
Dewan Sri Tanjung

ni la dewan yg kitorg pakai time spm.. dewan study... sjuk gler!!! airkond die dr luar pn da rse... mcm aircond supermarket... tpksela pakai sweater(kalo ade)... nseb baek x bku je dlm ni..
n kt cni gk la ReviVenA+ makan pizza 2 slice sorg (ade 169 org time 2)
agk2 brp kotak sume skali???

integombian ade pape suggestion x ape lg yg best kt integomb???
otak da blank la xtau nk pkir da...
ok la... jmpe lg kalo ade ksmptn..
kalo ade lg yg best akn diupdate..

December 30, 2010

hobi mase cuti skola yg agk best....

assalamualaikum...
hahaha...
sbnrnye xtau nk tlis ape...
so ak nk gitau korg la psl hobi ak mse cuti skola yg da nk abis ni...
bkn nye ape pn... hobi bdk2... hahaha...
tp ok la..
bez per.. wat kpl trbg kertas...
korg ingt sng ke nk wat...
yg bese bole la cite...
ni yg LUAR BIASE nye...
cr kt tenet n jmpe....
ak bg contoh la stu cz ni feveret ak... n sng nk wat...
sabertooth
psl nme die plik mgkin la sbb ade due taring... hahaha....
ni ade vid cre nk wat..... tp ni ak cilok...(im sorry taking ur stuff without permission)




bnyk lg ak da wat... tp mls lak nk tnjuk sume....
stu ni pn da ckup la....
bez kot mnde ni....
bole men ramai2...
haahahaha...(mmg kanak2 ribena)
kalo korg nk tngk n try wat yg len lg... try la website ni>>>
k la..
slmt mncuba..... skali cuba msti nk lg.....

December 28, 2010

harap dpt tlg sesape yg ye... (PAPA...(AKHIRNYA KAUTEWAS JUA!!)... aspek komsas


Assalamualaikum....
ni ade maklumat la tntg novel PAPA yg ak blaja mse f4 dlu... novel ni agk bosn... so ak rse bek korg bce note je.... n ak harap dpt bntu korg!!!!!


SINOPSIS

          Kehidupan Intan Julia (Ju) bersama-sama papa (Jeffri), mama (Intan Maliana), serta Mak Cik Noraini begitu bahagia. Semasa di rumah, Mak Cik Noraini sering bercerita tentang sejarah percintaan antara mama dengan papa Ju. Perbualan mereka terhenti apabila papa dan mama pulang, Jeffri memberitahu bahawa Intan Maliana hamil buat kali kedua. Situasi itu telah mengundang kebimbangan Mak Cik Noraini dan rakan-rakan Intan Maliana kerana mereka tahu risiko yang bakal dihadapi oleh Intan Maliana. Namun demi kasih akan suaminya, Intan Maliana nekad untuk meneruskan kandungannya..
          Intan Maliana melahirkan dua orang cahaya mata kembar siam yang melekat dari kepala hingga punggung. Namun, kedua-dua bayi itu yang diberi nama Ahmad dan Muhammad meninggal dunia, manakala Intan Maliana koma selepas mengalami komplikasi. Jeffri mengambil alih tugas Intan Maliana. Ju yang meningkat dewasa mula rapat dengan Rasylan, rakan sekolahnya. Hubungan itu ditentang oleh papanya kerana status keturunan dan asal usul Rasylan. Ju dan Rasylan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pelajaran di Pusat Matrkulasi UIA.
         
Julia terserempak beberapa kali dengan Aisyah dan papanya berbual-bual di kedai makanan segera. Julia terdengar perbualan antara Mak Cik Noraini dengan papa tentang hasrat papanya yang mahu berkahwin lagi. Konflik berlaku apabila Julia mengeluarkan kata-kata yang menimbulkan kemarahan papanya sehingga mengakibatkannya ditampar oleh papanya. Memikirkan kebahagiaan papa, Julia akhirnya bersetuju dengan hasrat papanya yang mahu berkahwin lain. Jeffri mengahwini Aisyah. Julia pula berjaya menamatkan kursusnya di Pusat Matrikulasi UIA.
          Papa menegur mama yang masih koma. Tiba-tiba, Intan Maliana yang telah bertahun-tahun koma tersedar. Ju terkejut dan berasa amat gembira, manakala Jeffri kelihatan tenang sambil tersenyum. Suasana gembira bertukar sepi apabila Aisyah masuk ke bilik itu sambil memegang bahu Jeffri. Intan Maliana kelihatan marah. Jeffri menceritakan perkara sebenarnya. Sejurus selepas itu, Intan  Maliana meninggal dunia. Papa menangis kesedihan meghadapi situasi tersebut.


TEMA

Novel ini bertemakan kasih sayang antara ahli keluarga. Kasih sayang amat penting untuk mewujudkan keluarga yang bahagia dan harmoni.

Contoh peristiwa:
1. Papa
Sebelum mama koma, hubungan mama dan papa sangat mesra dan erat. Setelah mama koma, papa tidak pernah cuai menjaga mama. Papa sentiasa menemani dan berbual-bual dengan mama. Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Walaupun telah berkahwin lain, kasih sayang papa kepada mama tidak pernah pudar bahkan papa melarang isteri keduanya, Aisyah masuk ke dalam bilik mama berseorangan kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku. Kali terakhir papa menangis sewaktu kelahiran Julia, namun papa menangis lagi sewaktu mama meninggal dunia.
2. Mama

Mama membuktikan kasih sayangnya kepada papa dengan mengandung lagi walaupun dia mengetahui risiko yang bakal dihadapinya. Mama pernah mengalami komplikasi dan koma semasa melahirkan Julia. Namun begitu, mama tetap meneruskan kandungannya walaupun telah dinasihati oleh Mak Cik Noraini dan rakannya, Cikgu Suzie.

3. Julia

Demi kebahagiaan dan kesejahteraan papa, Julia membenarkan papa berkahwin dengan Aisyah walaupun pada awalnya, dia menentang hasrat papa itu.


PERSOALAN

1. Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan.
- Ketabahan Jeffri diuji ketika isterinya koma. Dia tidak berputus asa berusaha untuk mengubati isterinya supaya pulih seperti sediakala.
-Ketabahan Jeffri juga jelas semasa menghadapi kematian anak
kembarnya.

2  .  Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagian pasangan masing-masing 
-Intan maliana sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya
-Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun

3  .  Kesetiaan seorang suami terhadap isterinya.
-Jeffri setia menemani isterinya yang koma selepas kehilangan banyak darah semasa melahirkan kembar Ahmad dan Muhammad.
-Jeffri juga enggan berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik Noraini sebagai bukti kesetiaannya itu.Namun, keputusan untuk berkahwin lain dibuat selepas bertahun-tahun hidup keseorangan.

4  .  Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan.
-Jeffri tabah menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk mengubatinya.
 -Jeffri juga tabah tatkala kedua-dua anak kembarnya turut meninggalkannya.


PLOT

EKSPOSISI
Keadaan keluarga Julia, Papa (Jeffri) , dan Mama (Intan Maliana) digambarkan amat bahagia. Kasih sayang antara papa dengan mama menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan hidup mereka. Sebagai anak, Julia berasa kagum terhadap kasih sayang antara papa dengan mama. Julia turut rasa bangga kerana mempunyai sebuah keluarga yang dibentuk atas dasar kasih sayang seorang suami yang tidak berbelah bahagi terhadap isterinya.

PERKEMBANGAN
Papa memaklumkan Julia bahawa mama telah mengandung sekali lagi. Julia akan mempunyai adik sebagai pelengkap keluarga mereka. Mak Cik Noraini bimbang Mama akan menghadapi kompilasi seperti dahulu. Mama jtuh koma manakala Julia menghidapi masalah alah susu tepung. Mak Cik Noraini terpaksa mengeluarkan susu mama dengan bantuan doktor. Namun, kejadian itu tidak menggentarkan mama. Baginya, dia hanya perlu tabah dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Dalam pada itu, dia sanggup menghadapi risiko demi membahagiakan papa.
 Di sekolah pula, Julia sempat berkenalan dengan Rasylan, seorang pelajar baru dikelasnya. Ketampanan Rasylan Berjaya menarik perhatian Julia. Rasylan merupakan anak angkat kepada Datuk Mustakim. Pada masa yang sama, rakan sekerja mama, Cikgu Suzie, turut menyuarakan kebimbangannya terhadap keadaan mama yang mengandung lagi. Beliau menasihati mama agar pandai menjaga diri kerana beliau tidak ingin melaihat mama ditimpa sebarang kecelakaan.
Tidak lama kemudian, mama sakit memandangkan sudah tiba masanya untuk mama bersalin. Papa, Julia Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bersalin. Namun, mama menghadapi komplikasi sekali lagi kerana sukar untuk melahirkan anak kembar yang dikandungnya dan terpaksa dibedah. Tidak lama kemudian, doktor yang bertanggungjawab membedah mama memberitahu bahawaanak kembar yang dilahirkan mama merupakan kembar siam. Namun begitu, mereka telah meninggal dunia sewaktu kandungan lagi. Mama pula jatuh koma. Jenazah Ahmad dan Muhammad dibawa pulang untuk dikebumikan.
Julia dan Rasylan semakin intim dan kini sepasang kekasih. Namun, papa tidak merestui hubungan mereka kerana bagi papa, Raslan tidak mempunyai latar belakang keluarga yang baik. Bapa angkatnya, Datuk Mustakim, merupakan orang yang melanggar ibu bapa papa sehingga mereka meninggal dunia.Keengganan Datuk Mustakim untuk bersemuka dengan papa selepas kejadian tersebut telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam diri papa. Rasylan cuba mengaturkan pertemuan antara mereka namun ditolak papa. Papa melarang Julia untuk terus berkawan dengan Rasylan membuatkan Julia terpaksa merahsiakan hubungan mereka.
Tanpa kehadiran mama di sisi, papa berasa sangat sunyi. Kehidupannya menjadi kurang ceria. Pada saat itulah, papa menjalinkan hubungan intim dengan Aisyah, salah seorang pelajarnya. Julia pernah terserempak dengan mereka dalam suasana penuh mesra di Restoran Pizza Hutt, Starbucks Coffee, dan Restoran A&W ketika dia keluar bersama- sama Rasylan. Ketidakpuasan hati Julia memuncak apabila papa ingin berkahwin dengan Aisyah. Julia yang tidak merestui perkahwinan tersebut telah bertengkar dengan papa. Dalam pertengkaran itu, papa telah menampar muka Julia. Tamparan itu telah meregangkan hubungan Julia dengan papa. Dalam kemarahan, Julia membuat keputusan untuk tidak pulang ke rumah pada hujung minggu itu. Dia menetap di kampus selam abeberapa minggu. Panggilan papa juga tidak dijawab.
Melalui Rasylan, Julia dapat mengetahui bahawa bapa kandung Rasylan ialah Encik Muaz al-Khalibi, salah seorang pensyarah UIA. Rasylan ialah anak luar nikah Encik Muaz dan pengemas biliknya yang berbangsa Indonesia. Selepas dilahirkan, Rasylan ditinggalkan oleh ibunya di tepi longkang. Nasib Rasylan baik kerana diselamatkan dan ditempatkan di rumah anak yatim sehinggalah Datuk Mustakim mengambilnya sebagai anak angkat. Encik Muaz ingin menjalin semula hubungan dengan Rasylan namun Rasylan enggan. Bagi Rasylan, sikap tidak bertanggungjawab Encik Muaz membuatkannya tidak layak untuk menjadi bapa Rasylan.
Tidak kira dalam apa jua keadaan, Julia tidak akan menafikan hubungan anak dengan bapa antara dia dengan papa. Akhirnya, papa Berjaya memujuk Julia untuk merestui perkahwinannya dengan Aisyah. Julia menerima Aisyah sebagai ibu tirinya demi membahagiakan papa yang kesunyian. Tidak lama kemudian, Aisyah mengandung. Berita tersebut cukup menggembirakan papa dan Julia.

KLIMAKS
Mama tiba-tiba sahaja sedar daripada koma. Selepas sedar, mama ingin memakan pizza. Papa pula sempat memperkenalkan Aisyah sebagai isteri keduanya.

PELERAIAN
Mama tidak dapat menerima bahawa dia telah dimadukan dengan Aisyah. Dalam tangisannya, dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir




WATAK DAN PERWATAKAN
INTAN JULIA
-Intan Julia atau lebih dikenali sebagai Julia ialah watak utama novel ini. Julia ialahseorang remaja yang menuntut ilmu di sekolah menengah dalam tingkatan lima. Bapanya bernama Jeffri manakala ibunya bernama Intan Maliana. Pada mulanya, keluarga Julia amat bahagia. Dia memperoleh kasih sayang yang mendalam  daripada ibu dan bapanya. Kehidupannya bertukar suram selepas ibunya koma dan adik kembarnya meninggal dunia. Namun Julia tabah menghadapi dugaan tersebut.
-PENYAYANG
Julia amat menyayangi ibu bapanya. Semasa ibunya jatuh koma, dia sentiasa mendoakan agar ibunya segera sembuh. Dia juga berusaha untuk menjaga ibunya setiap kali pulang daripada kampus pada hujung minggu. Julia turut menyayangi bapanya. Demi membahagiakan bapanya, Julia merestui bapanya untuk memperisterikan Aisyah.
-GIGIH
Julia gigih mengulang kaji pelajarannya. Berkat kegigihan dan ketekunannya, dia Berjaya lulus SPM dengan cemerlang. Akhirnya, dia ditawarkan peluang untukmenyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.
-TABAH
Julia banyak menghadapi cabaran hidup. Antaranya ialah keadaan ibunya yang jatuh koma, kematian adik-beradik ekmbarnya, kenyataan bahawa bapanya ingin berkahwin lagi, pertengkaran antara dia dengan Rasylan, dan kematian ibunya. Namun Julia sentiasa tabah dan sabar mengharungi cabaran serta dugaan hidup
-BERTOLAK ANSUR
Walaupun pada awalnya Julia tetap dengan pendiriannya yang tidak mengizinkan papanya berkahwin lagi, namun, setelah dibawa berbincang, Julia membenarkan atas sebab-sebab kesihatan .















JEFFRI (papa)
-Jeffri merupakan bapa kepada Julia. Sebagai ketua keluarga, jeffri memikul
tanggungjawabnya dengan baik. Dia bekerja sebagai pensyarah dalam bidang ekonomi di Kolej Iktisas. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi dan berlandaskan keikhlasan hati. Lantaran itu, dia amat sedih apabila mama jatuh koma. Kesunyian yang dialaminya membawa kepada pperkahwinan antara dia dengan Aisyah
-PENYAYANG
Papa amat menyayangi mama dan Julia. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi walau apa jua rintangan yang terpaksa diharunginya. Dia membawa mama pulang ke rumah agar dia sentiasa dapat berdampingan dengan mama yang koma. Dia juga amat sayang akan Julia. Dia tidak membenarkan Julia berkawan dengan Rasylan kerana latarbelakang keluarganya tidak baik.
-PENDIRIAN TEGAS
Papa amat tegas dengan pendiriannya bahawa Rasylan bukan orang yang baik-baik. Walaupun Julia menyatakan rasylan baik-baik orangnya, papa tetap melarang Julia daripada terus berkawan dengan Rasylan. Papa juga tetap dengan pendiriannya untuk berkahwin lagi. Walaupun Julia tidak bersetuju dengan keputusannya, papa cuba memujuk dengan sedaya upaya supaya Julia menerima kehadiran Aisyah dalam hidupnya.
-KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Papa turut sentiasa mengerjakan sembahyang tepat pada waktunya. Papa sentiasa reda dan berserah kepada takdir.
-PRIHATIN
Papa prihatin terhadap kesihatan mama dan sentiasa menasihati mama agar menurut arahan doktor. Dia juga prihatin dengan perasaan Julia yang tidak mahu papanya berkahwin lagi lalu memujuknya.


















INTAN MALIANA (mama)
-Intan Maliana ialah isteri kepada Jeffri dan ibu kepada Julia. Dalam novel ini, watak ini lebih dikenali sebagai mama atau Kak Maliana. Mama amat menyayangi papa dan sanggup berkorban untuk kebahagiaan papa. Dia pernah menghadapi komplikasi ketika melahirkan Julia suatu ketika dahulu. Mama bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Seri Gading.
-SANGGUP BERKORBAN
Walaupun menyedari hakikat bahawa dirinya akan menghadapi kesulitan semasa melahirkan anak, mama tetap dangan keputusannya untuk mengandung lagi. Mama sanggup berkorban untuk membahagiakan papa yang ingin menambah ahli keluarganya.
-PENDIRIAN TEGAS
Mama tegas dengan pendiriannya bahawa dia tidak akan menggugurkan kandungannya. Walaupun banyak orang telah menasihatinya agar tidak meneruskan kandungan ini, dia tetap dengan keputusannya demi membahagiakan raja hatinya.
-BERTANGGUNGJAWAB
Mama merupakan seorang guru yang bertanggungjawab. Dia begitu berusaha membertunjuk ajar kepada pelajarnya sehingga dia disukai oleh pelajarnya. Mama dikatakan sentiasa berdedikasi dalam menyalurkan ilmu pengetahuan kepada anak muridnya.
-PENYAYANG
Kasih sayangnya yang mendalam terhadap papa terbukti apabila dia sanggup
mengandung lagi demi memenuhi hasrat papa




GAYA BAHASA

-Penggunaan Bahasa Inggeris
"Have you think it over?" (m/s 38)
"Julia...I want you to remember only one thing, I LOVE YOU!" kata Papa dengan
muka yang amat tenang dan penuh beremosi. (m/s 66)

-Ungkapan Bahasa Cina
Macam kata orang Cina, car beh liau, iauitu dimakan tidak habis. (m/s 48)

-Sinkof
"Kalau tak sekarang, bila lagi kak? Kerja saya ni bukannya tentu! Sekarang saya
ada masa, buat apa nak tangguh-tangguhkan lagi!" (m/s 51)

-Simile
Renungan mata papa amat tajam setajam tombak hulubalang yang mengawal
istana. (m/s 44)

-Peribahasa
Walaupun pada mulanya mereka nampak garang, tetapi apabila digertak sedikit,
akan senyaplah macam cicak berak kapur! (m/s 34)


NILAI MURNI

1-    Kasih sayang
a.     Jeffri sanggup korbankan kepentingan dirinya kerana menjaga isterinya yang koma
2-    Berdikari
a.     Ju tinggal di kolej kerana tidak mahu menyusahkan bapanya
3-    Prihatin
a.     Rakan Intan Maliana dan Jeffri datang menziarahi jenazah Ahmad dan Muhammad yang meninggal dunia selepas dilahirkan
4-    Sabar
a.     Jeffri bersabar dan menerima ketentuan Tuhan apabila isterinya koma dan kedua-dua bayinya yang baru lahir meniggal dunia
5-    Taat
a.     Ju taat kepada perintah papa dan mamanya
6-    Rajin
a.     Mak Cik Noraini rajin melakukan kerja rumah
7-    Berani
a.     Mak Cik Noraini berani menegur kesilapan Jeffri dan Intan Maliana

LATAR

LATAR MASA
ZAMAN MODEN
-zaman ini sudah wujud peralatan canggih seperti kelengkapan-
kelengkapan di hospital dan sebagainya
-sekitar 2000-an
TEMPOH MASA
-bermula dari Julia berada dalam Tingkatan 4 sehingga dia
menyambung pengajiannya di UIA(3 tahun)
14 TAHUN DAHULU
-sewaktu mama mengimbas kembali kisah silamnya sewaktu
melahirkan Julia


LATAR TEMPAT
Sekolah Menengah Seri Gading
-tempat Intan Maliana mengajar
-tempat Julia belajar
Restoran Starbucks, Mid Valley Megamall
-tempat Julia dan Rasylan sering bekunjung
-tempat Julia terserempak dengan papa dan Aisyah
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras
-tempat mama dibedah
-tempat kembar siam diumumkan meninggal dunia
Universiti Islam Antarabangsa di Gombak, Selangor
-tempat Julia dan Rasylan menyambung pelajaran selepas
berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM
Kedai Kopi (Coffee House) di Hotel Paya Serai
-tempat Papa memujuk Julia agar merestui perkahwinannya
dengan Aisyah


LATAR MASYARAKAT
Masyarakat Moden
-sudah wujud permainan moden seperti Tenis dan peralatan canggih di hospital
Masyarakat Pendidik
-Papa merupakan pensyarah bidang ekonomi
-Mama merupakan guru Matematik
Masyarakat anak angkat
-Rasylan diambil sebagai anak angkat oleh Datuk Mustakim
Masyarakat Berpoligami
-Papa berkahwin dengan Aisyah semasa mama koma


PENGAJARAN

1-    Kita perlu bertanggungjawab dalam memikul amanah
a.     Jeffri sanggup menjaga isterinya koma selama lebih tiga tahun
2-    Kita harus menjauhi perkara yang dilarang dalam agama
a.     Perbuatan Muaz al-Khalibi yang menodai pengemas bilik warga Indonesia itu perlu dihindari oleh anggota masyarakat.
b.     Perbuatan pengemas bilik tersebut membuang Rasylan di tepi longkang besar pula sewajarnya menjadi pengajaran kepada semua
3-    Kita hendaklah memilih kawan berdasarkan keperibadian dan akhlaknya, bukan asal usul atau status sosialnya
a.     Intan Julia tidak keberatan berkawan dengan Rasylan walaupun mengetahui asal usul keturunannya
4-    Kita seharusnya bersabar dan tabah menghadapi ketentuan dan dugaan daripada Tuhan.
a.     Sikap sabar Jeffri ketika menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun itu menjelaskan ketabahan Jeffri menerima ketentuan Tuhan
5-    Kita hendaklah bersimpati dan prihatin terhadap musibah yang menimpa orang lain
a.     Sikap rakan Intan Maliana dan Jeffri serta kaum keluarga mereka menziarahi Intan Maliana dan pengebumian kedua-dua anak kembar, Ahmad dan Muhammad
 *kepada sumber yg diambil sy mmohon maaf krn mngambil maklumat ini tanpa kebenaran...

harap ni dpt tolong sesape... (INTERLOK)- aspek KOMSAS

Sinopsis
 
Buku Satu – Keluarga Seman
Bahagian Buku Satu novel Interlok memaparkan kisah Seman, anak tunggal pasangan Pak Musa dan Mak Limah. Seman seorang pemuda yang gagah dan rajin tetapi tidak tahu membaca kerana tidak ke sekolah. Apabila Pak Musa sakit, secara rahsia dia meminta Seman membawa Mak Limah berpindah tanpa memberikan sebarang alasan. Akhirnya Pak Musa meninggal dunia sebelum sempat menceritakan perkara sebenar. Setelah 27 hari kematian Pak Musa, Cina Panjang menemui Seman untuk memaklumkan bahawa Pak Seman berhutang sejumlah wang daripadanya untuk membeli tanah dan pada masa yang sama menggadaikan tanah yang dibeli kepada Cina Panjang. Cina Panjang menunjukkan surat-surat hutang Pak Musa. Akhirnya Seman membawa ibunya berpindah dari kampung kerana semua harta bukan miliknya lagi.
Buku Dua – Keluarga Cing Huat
Penduduk kampung gempar kerana tanaman padi dimakan belalang. Keadaan ini menyebabkan Kim Lock dan anaknya Cing Huat serta beberapa orang lelaki di kampung itu berhasrat merantau mencari pekerjaan di Singapura. Di sana Kim Lock ditawarkan menjual anaknya Cing Huat tetapi ditolaknya. Selepas 30 bulan di Singapura, Kim Lok bercadang bekerja di Melaka. Bersama-sama Kim Sui, dia dan anaknya menaiki tongkang tetapi di Muar. Dia bekerja di Lukut dan di Pulau Pinang. Akhirnya Kim Sui mengajak Kim Hock berniaga di Simpang Empat. Perniagaan mereka maju tetapi Kim Lock menjadi penagih candu hingga meninggal dunia selepas isterinya di negara China meninggal dunia. Orang Cina mendirikan sekolah Cina untuk anak-anak mereka. Cing Huat berkahwin dan dikurniakan empat orang anak. Seorang anaknya, iaitu Yew Seng rapat dengan Lazim dan keadaan ini tidak disenangi Cing Huat. Akhirnya Yew Seng keluar dari rumah ayahnya.
Buku Tiga – Keluarga Maniam
Maniam datang dari dari India dan bekerja sebagai kuli di pelabuhan Pulau Pinang. Waktu petang dia minum tuak di kedai. Dia juga mengirim wang untuk isterinya di India. Pillay tidak menyampaikan kiriman tersebut, sebaliknya isteri Maniam jatuh ke tangan Pillay akibat desakan hidup. Maniam kecewa. Dia berpindah tempat kerja dan akhirnya bekerja di kebun kelapa di Cangkat Lima. Maniam berkahwin dengan Malini secara rahsia. Rahsia perkahwinannya dibongkar oleh Suppiah, orang kampungnya. Akibatnya, Maniam tidak disenangi dan dihalau keluar dari tempat tersebut. Peristiwa ini menyebabkan Malini meninggal dunia tiga tahun kemudian. Suppiah mencadangkan sekolah Tamil didirikan di kebun untuk anak-anak orang India. Raman, iaitu guru sekolah mengetahui bahawa Suppiah lari dari negaranya kerana takut ditangkap polis dan menerangkan perkara sebenar tentang Maniam kepada Perumal. Perumal menyesal atas tindakannya terhadap Maniam.
Buku Empat – Interlok
Maniam menjadi tandil di kebun getah. Apabila Seman datang meminta kerja, Maniam berusaha membantunya, lebih-lebih lagi sesudah mengetahui Seman ialah anak Musa, kawan baiknya. Maniam juga mendapatkan sebuah petak di rumah kuli untuk Seman dan ibunya yang telah keluar dari kampung mereka. Yew Seng pula lari dari rumah kerana kecil hati terhadap ayahnya yang tidak menghargainya. Dia bekerja di lombong bijih timah.
Seman melawat Kampung Nyiur Condong setelah dua tahun setengah meninggalkan kampung tersebut. Dia diterima baik oleh orang-orang kampung. Pinangannya untuk Gayah juga diterima dan dia menjadi menantu Mat Ranggi.
Penduduk Kampung Nyiur Condong gempar dengan kehadiran orang Jepun ke Tanah Melayu. Orang Melayu berpakat membantu Jepun mengusir Inggeris. Cing Huat pula cuba berbaik-baik dengan Seman. Pada suatu malam kedai Cing Huat dimasuki perompak. Pada masa yang sama juga Poh Eng berjaya melepaskan diri dan diselamatkan oleh Seman yang kemudian membawa Poh Eng kepada emaknya. Sementara itu, pihak Jepun mencari Yew Seng yang dipercayai terlibat dengan komunis. Yew Seng yang mengetahui adiknya hilang berjaya menemukan adiknya, Poh Eng dan dibawa menyertainya ke hutan, iaitu ke markas komunis. Pada waktu petang askar Jepun pula menangkap Mak Limah, Maniam, dan beberapa orang lagi kerana disyaki membantu komunis. Maniam diseksa kerana tidak memberikan kerjasama. Seorang Inspektor berbangsa India menyoal siasat Maniam dan melalui soal siasat tersebut, barulah diketahui bahawa Inspektor tersebut ialah anak Malini, iaitu anak Maniam sendiri. Inspektor Rama Krishnan berjanji akan menolong ayahnya dan cuba membebaskan Mak LImah.
Harga barang semakin mahal. Lazim pula menyesal kerana menyokong Jepun. Dia ditangkap Jepun . Akhirnya Jepun menyerah kalah. Semua orang bergembira, terutamanya orang Cina. Orang yang menjadi tali barut Jepun diseksa. Kumpulan Kong Beng (Kuomintang) menangkap orang-orang yang bekerjasama dengan Jepun. Yew Seng yang mengenali Lazim telah membebaskannya. Poh Eng pula berjumpa semula dengan Mak Limah. Tanah Melayu diperintah oleh Inggeris semula. Orang Melayu semakin matang. Orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union. Akhirnya perlembagaan dibentuk. Pengaruh komunis pula mula berkembang semula di Tanah Melayu Orang Cina pula berpendapat mereka patut bekerjasama dengan orang Melayu dan India menentang komunis. Hasil kerjasama itu, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Tema
Novel Interlok bertemakan integrasi tiga kaum utama di Malaysia, iaitu Melayu, Cina, dan India yang terpaksa melalui pelbagai cabaran untuk hidup bersama-sama dalam sebuah negara yang bebas dan bermaruah.
Pak Musa, Maniam, dan Kim Lock masing-masing hidup dalam dunia yang berasingan sehingga mereka ditemukan dalam dunia yang berasingan sehingga mereka ditemukan dalam situasi yang menyebabkan mereka terpaksa bergantung antara satu sama lain.
Pak Musa terpaksa berhutang dengan Kim Lock untuk membeli harta dan hidup senang tetapi tidak sempat melunaskan hutangnya sebelum mati. Akibatnya semua hartanya diambil oleh Kim Lock menyebabkan anak dan isterinya melarat. Maniam pula membawa diri meninggalkam isteri yang sarat mengandung akibat difitnah oleh Suppiah, orang kampungnya sendiri. Kim Lock pula lebih mementingkan harta benda hingga memandang rendah terhadap orang-orang lain di sekelilingnya.
Walau bagaimanapun dalam generasi kedua, Seman anak Pak Musa menyelamatkan Poh Eng anak Kim Lock, manakala Poh Eng menyelamatkan Maniam. Yew Seng anak Kim Lock yang cedera di kaki lebih suka menerima kaki palsu yang didermakan oleh masyarakat


Persoalan
1. Persoalan penghijrahan
- Watak berhijrah untuk mengubah hidup.Kim Lock dan Maniam berhijrah dari negara asal masing-masing, iaitu China dan India ke Tanah Melayu untuk memiliki kehidupan yang lebih baik.Di Tanah Melayu juga, mereka berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk memperbaiki kehidupan mereka.
2. Persoalan sifat suka memfitnah dalam masyarakat
- Suppiah memfitnah Maniam sehingga rumah tangga Maniam dan Malini hancur. Maniam pula dihalau dari ladang tempat dia bekerja.
3. Persoalan kasih sayang ibu bapa yang mendalam terhadap anak-anak
- Kim Lock sangat menyayangi Ching Huat, Pak Musa sangat menyayangi Seman, dan Maniam sangat rindu dan sayang pada anaknya walaupun dia tidak pernah melihatnya. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melindungi anak-anak mereka.
4. Persoalan semangat patriotisme yang kuat dalam kalangan masyarakat imigran
- Kim Lock dan Maniam masing-masing berusaha dengan cara sendiri untuk membina sekolah di kawasan tempat tinggal mereka bagi memastikan anak-anak mereka tidak lupa akan asal-usul bahasa ibunda mereka.
5. Persoalan kesedaran politik masyarakat berbilang kaum
- Lazim dan rakan-rakannya membentuk kumpulan menentang Malayan Union demi menjaga maruah orang Melayu. Kim Lock juga menyertai persatuan untuk menjaga kepentingan kaum Cina, manakala Raman juga berusaha untuk menyatukan kaum India di negara yang baru merdeka itu.

Pembinaan Plot
Terdapat empat peringkat binaan plot, iaitu:
(i) Permulaan
- Seman sedang memotong kayu sambil diperhatikan oleh ibunya
- Ayah Seman sakit
(ii) Perkembangan
Buku 1
- Ayah Seman sakit dan meninggalkan pesanan agar membawa ibunya keluar dari kampung Nyiur Condong tanpa memberi sebarang alasan – menimbulkan konflik dalam diri Seman.
- Seman berhutang mengambil barang-barang runcit dari kedai Cina Panjang.
- Ayah Seman meninggal dunia.
- Setelah 27 hari kematian Pak Musa, Cina Panjang menemui Seman untuk memaklumkan bahawa Pak Seman berhutang hampir sepuluh ribu ringgit untuk membeli tanah dan pada masa yang sama menggadaikan tanah yang dibeli kepada Cina Panjang.
- Seman menyangka ayahnya menyimpan wang lima ribu yang dipinjam daripada Cina Panjang di rumah.
- Seman membawa ibunya keluar dari kampung kerana tanah itu bukan miliknya lagi.

Buku 2
- Penduduk Tung San menghadapi masalah serangan belalang di sawah mereka. (konflik alam)
- Melalui Paman Kok Leong, Kim Lock bersama-sama dengan anaknya Cing Huat dan beberapa orang pemuda berhijrah ke Singapura.
- Di Singapura Kim Lock melakukan kerja-kerja seperti menarik lanca dan tukang angkat najis.
- Lepas itu dia dan anak ke Muar, Melaka, dan akhirnya ke Simpang Empat, Cangkat Lima dan berniaga di situ (Pulau Pinang).
- Perniagaannya semakin maju.
- Kim Lock berkenalan dengan Mei Hwa yang memang menghisap candu.
- Kim Lock mula berubah jadi penghisap candu yang tegar.
- Isterinya di Tung San, China meninggal dunia.
- Anak Kim Lock, Cing Huat berkahwin dengan Tua Tao dan mereka dikurniakan empat orang anak.
- Kim Hock meninggal dunia diikuti dengan Mei Hwa.
- Sebuah sekolah untuk anak-anak kaum Cina ditubuhkan.
- Salah seorang anak Cing Huat , Yew Seng rapat dengan orang Melayu dan tidak disenangi oleh ayahnya.
- Yew Seng keluar dari rumah akibat berselisih faham dengan ayahnya, Cing Huat.
Buku Tiga – Keluarga Maniam
- Penduduk India, antaranya Maniam berusia 30 tahun berhijrah dari Kerala, India ke Tanah Melayu dengan diuruskan oleh Kangani (wakil yang mencari buruh untuk kebun)
- Dari Pulau Pinang ke seberang – Bagan Tuan Kecil.
- Maniam menghantar wang kepada isterinya di India melalui Pillay tetapi tidak pernah sampai kepada isterinya.
- Isteri Maniam terpaksa mengikut Pillay kerana desakan hidup.
- Maniam kecewa lalu berpindah ke Cangkat Lima dan bekerja di kebun kelapa.
- Maniam berkahwin dengan Malini, anak Perumal.
- Konflik timbul lagi dengan kehadiran Suppiah, orang kampungnya ke Cangkat Lima.
- Suppiah menyebarkan cerita yang Maniam telah meninggalkan isterinya di India dan hidup isterinya melarat.
- Maniam mula berkonflik dengan bapa mentua dan masyarakat di situ.
- Maniam dihalau dari kampung.
- Maniam dipukul dalam perjalanan keluar dari Cangkat Lima tetapi dibantu oleh Pak Musa, ayah Seman.
- Raman, seorang guru sekolah dari kampung Maniam di India menceritakan sejarah hidup Suppiah di India kepada Perumal.
--Perumal kesal dengan tindakannya.
Buku Empat – Interlok
- Maniam mendapatkan kerja untuk Seman di tempat kerjanya.
- Yew Seng lari dari rumah.
- Seman kahwin dengan Gayah, anak Mat Ranggi.
- Jepun menyerang tanah Melayu.
- Poh Eng lari semasa kedai bapanya dirempuh.
- Yew Seng jumpa adiknya dan menyertai kumpulan gerila.
- Maniam ditangkap dan diseksa Jepun. Maniam bertemu dengan anaknya semula.
- Jepun menyerah kalah.
- Orang Melayu menentang Malayan Union.
- Orang Cina dan India menyertai orang Melayu menentang komunis.
- Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
(iv) Konflik
- Ayah Seman sakit dan meninggalkan pesanan agar membawa ibunya keluar dari kampung Nyiur Condong tanpa memberi sebarang alasan – menimbulkan konflik dalam diri Seman.
- Seman berhutang mengambil barang-barang runcit dari kedai Cina Panjang.
- Konflik Seman dengan Cina Panjang - Pak Seman berhutang hampir sepuluh ribu ringgit untuk membeli tanah dan pada masa yang sama menggadaikan tanah yang dibeli kepada Cina Panjang.
- Seman membawa ibunya keluar dari kampung kerana tanah itu bukan miliknya lagi.
- Konflik manusia dengan alam - Penduduk Tung San di Cina menghadapi masalah serangan belalang di sawah mereka.
- Konflik Kim Lock untuk mendapatkan kerja di Singapura. Dia sanggup melakukan pelbagai kerja.
- Konflik Cing Huat dan ayahnya Kim Lock yang mula menghisap candu apabila berkenalan dengan Mei Hwa.
- Konflik Cing Huat dengan salah seorang anaknya, Yew Seng kerana Yew Seng rapat dengan orang Melayu.
- Yew Seng keluar dari rumah akibat berselisih faham dengan ayahnya, Kim Lock.
- Konflik Cing Huat (Cina panjang) dengan orang Melayu.
- Masalah kemiskinan penduduk India telah membawa mereka ke Tanah Melayu antaranya Maniam berusia 30 tahun berhijrah dari Kerala, India.
- Konflik Maniam dengan Pillay yang tidak amanah kerana tidak menyerahkan wang kepada isterinya dan menyebabkan isterinya menderita dan akhirnya mengikut Pillay.
- Maniam kecewa lalu berpindah ke Cangkat Lima dan bekerja di kebun kelapa.
- Perkahwinan kali kedua bagi Maniam akhirnya menimbulkan konflik kerana kesilapannya tidak memaklumkan sejarah hidupnya kepada bapa mentuanya, Perumal.
- Kehadiran Suppiah, orang kampungnya ke Cangkat Lima menimbulkan konflik kerana Suppiah menyebarkan cerita yang Maniam telah meninggalkan isterinya di India dan hidup isterinya melarat.
- Maniam mula berkonflik dengan bapa mentua dan masyarakat.
- Maniam dihalau dari kampung.
- Manim dipukul dalam perjalanan keluar dari Cangkat Lima tetapi dibantu oleh Pak Musa, ayah Seman.
-Konflik Yew Seng dengan ayahnya menyebabkan Yew Seng lari dari rumah.
--Jepun menyerang Tanah Melayu.
- Kedai Cing Huat (Cina Panjang) dirompak.
- Poh Eng lari semasa kedai bapanya dirompak.
- Yew Seng dapat berjumpa dengan adiknya dan adiknya diajak menyertai kumpulan gerila menentang Jepun.
- Maniam ditangkap dan diseksa Jepun.
- Jepun menyerah kalah.
- Orang Melayu menentang Malayan Union.
- Orang Cina dan India menyertai orang Melayu menentang komunis.
(v) Klimaks
- Peristiwa anak Maniam, Inspektor Ramakrisynan menyerang sarang komunis dan menyelamatkan Yew Seng serta Poh Eng yang sudah mula meragui perjuangan komunis.
(vi) Peleraian
- Tertubuhnya kesatuan – kesatuan yang mewakili 3 kaum terbesar di Tanah Melayu, Melayu, Cina, dan India.
- Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.


Teknik Plot / Teknik Penceritaan
1. Teknik Pemerian
- Banyak unsur pemerian dalam novel Interlok.
Pemerian tentang perlakuan Mak Limah yang sedang memerhatikan anaknya, Seman yang sedang membelah kayu. Dia membanadingkan anaknya dengan suaminya semasa muda-muda dulu.
2. Teknik dialog
- Berbanding dengan pemerian, penggunaan dialog tidak banyak
Dialognya pendek-pendek dan bergerak pantas – sesuai dengan suasana
penyatuan kaum, konflik antara watak, dan zaman penjajahan Jepun
Contohnya, dialog antara Mamat Labu dengan Seman.
“Orang-orang Cina tentu ditangkap oleh Jepun,” ujar Mamat Labu lagi.
Mata Seman bersinar-sinar. “Betulkah mereka akan ditangkap oleh Jepun, Mamat?” “Hei, bukankah mereka itu musuh?” jawab Mamat dengan membelalakkan matanya.
3. Teknik Monolog Dalaman
- Seman kagum dengan kehebatan Pak Utih, dukun yang mengubat ayahnya.
Contoh: ……..Seman kagum melihat kekuatan hikmat dukun itu membuka mata bapanya yang sedang pejam. Memang benar dia dukun besar, kata hatinya
4. Teknik Imbas kembali
- Apabila melihat anaknya, Seman bekerja, Mak Limah teringat akan suaminya semasa muda-muda dahulu seperti anaknya.
5. Teknik Imbas Muka
- …Ada yang membuang muka. Dia berasa bahawa masa buruk baginya sudah tiba. Di atas kepalanya kini ternampak segumpal awan hitam. Sebentar lagi hujan lebat akan turun. Dia akan basah kuyup.
6. Teknik Suspens
- Kebimbangan Seman tentang kemungkinan harta milik bapanya adalah milik orang lain kerana bapanya tidak sempat memberitahunya suatu perkara…..

Watak dan Perwatakan
1. Watak Seman

- Seman merupakan watak utama.
-Seman berusia 20 tahun dan anak kepada Pak Musa
 -Seman mempunyai bentuk badan seperti ayahnya tetapi kulitnya lebih cerah daripada ayahnya. Menurut pandangan ibunya, Mak Limah, Seman mempunyai sifat-sifat sperti ayahnya.
- Seorang yang taat akan arahan ibunyaSeman mematuhi arahan emaknya agar memanggil dukun semasa keadaan ayahnya semakin tenat.
- Seorang yang taat akan ajaran agama
Seman tetap bersembahyang walaupun kepalanya diikat dengan sapu tangan sahaja bukan kopiah.
- Seorang yang rajin bekerja
Seman membantu ibunya membelah kayu untuk kegunaan ibunya. Apabila ayahnya sakit, Seman banyak mengambil alih tugas ayahnya.
- Seorang yang bertanggungjawab
Seman bertanggungjawab mencarikan ibunya tempat tinggal yang selamat untuk berlindung semasa kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.
- Seorang yang berani
Seman duduk seorang diri pada waktu malam di bawah pokok rambutan berhampiran surau sebelum ke Pekan Simpang Empat.
 Seorang yang tegas
Seman bersungguh-sungguh menolak bantuan yang diuruskan oleh Lazim kerana bertentangan dengan prinsipnya.
-Seorang yang berdikari
Seman tidak mahu menumpang di rumah Lebai Man kerana mahu berdikari.
2. Watak Kim Lock
- Kim Lock berhijrah ke negara lain dan gigih untuk mengubah hidup.
- Kim Lock dengan anaknya, Cing Huat yang masih kecil berhijrah dari Tung San Cina ke Tanah Melayu untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik. Perjalanan mereka diuruskan oleh Paman Kok Leng.
- Seorang yang gigih berusaha
Di Tanah Melayu juga, mereka berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk memperbaiki kehidupan mereka. Hasil kegigihannya, Kim Lock berjaya membuka kedai yang menjual pelbagai barangan.
- Tidak mudah putus asa
Gagal di satu-satu tempat, tidak mematikan semangat Kim Lock, sebaliknya dia berpindah dari satu tempat ke satu tempat sehinggalah dia bertapak kukuh di Simpang Empat sebagai pekedai runcit dan pelbagai barangan lain.
- Seorang yang penyayang
Kim Lock sangat menyayangi Cing Huat. Dia sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melindungi anak-anak mereka. Ada orang yang mahu membeli Cing Huat tetapi dia tidak bersetuju.
- Seorang suami yang tidak setia
Apabila sudah dikuasai candu, Kim Lock lupa akan isterinya, malah tidak mahu mengambil isterinya untuk di bawa ke Tanah Melayu. Akhirnya dia menjadi penagih Candu yang sukar untuk diubati.
3. Watak Cing Huat
- Watak yang penting kerana beberapa peristiwa penting yang menimpa watak utama, iaitu Seman berpunca daripada tindakannya.
- Cing Huat datang ke Tanah Melayu semasa kecil bersama bapanya Kim Lock.
- Apabila dewasa, dia mempunyai perawakan yang tinggi. Dalam kalangan orang Melayu dia dipanggil Panjang.
- Semasa usianya 17 tahun dia sudah mampu mengendalikan kedai ayahnya.
- Dia berkahwin dengan Tua Tao, anak tiri Kim Sui dan dikurniakan empat orang anak, iaitu Yew Hock, Yew Seng, Poh Eng, dan Poh Kheng.
- Sejak kecil Cing Huat digambarkan sebagai anak yang cergas dan rajin.
Hal ini digambarkan semasa di Singapura, Cing Huat bekerja di kedai runcit.
- Seorang yang menghormati orang tua
Cing Huat tetap menghormati ayahnya walaupun ayahnya menjadi penagih candu. Dia amat memahami kesusahan yang dialami oleh ayahnya sebelum itu.
- Taat akan ayahnya
Cing Huat tidak membantah apabila ayahnya bercadang mengahwinkannya dengan anak tiri Kim Sui, iaitu Lim Tua Tao.
Dia berpeluang untuk membuka kedai di tempat lain, tetapi sifat taatnya sebagai anak menyebabkan dia tetap berada di kedai tersebut.
- Seorang yang penyayang
Cing Huat sanggup balik ke Cina untuk mengambil ibunya yang masih berada di Cina tetapi tidak berkesempatan kerana ibunya telah meninggal dunia.
- Seorang yang sabar
Keputusan bapanya membawa Mei Hwa balik tidak dipersetujui oleh Cing Huat tetapi dia tidak melawan kerana dia takut akan bapanya. Walaupun diperlakukan oleh Mei Hwa seperti orang gaji dia tetap bersabar.
- Seorang yang mempunyai kesungguhan yang tinggi / semangat yang tinggi
Walaupun baru berusia 17 tahun, dia sudah dipertanggungjawabkan menjaga kedai. Dia juga dikatakan mewarisi sifat ini daripada ayahnya. (halaman 176)
- Seorang yang berani bersaing
Cing Huat yang dikatakan mewarisi sifat bapanya yang tidak tahu letih dan kalah tidak mahu bergantung pada orang lain dan tidak takut menghadapi persaingan dengan orang lain. (halaman 176). Dia dikatakan berani mengisi kedainya itu dengan pelbagai barang. Dengan cara ini pelanggan akan datang ke kedainya untuk membeli barang yang tidak ada di kedai lain.
- Seorang yang mementingkan pelajaran
Anak-anaknya bersekolah dan terlibat dalam perbincangan untuk mendirikan sekolah di situ.
- Seorang yang suka menderma
Cing Huat sangat setuju jika didirikan sekolah untuk anak-anak kaum Cina agar mereka tidak melupakan asal-usul mereka.
- Seorang yang mementingkan keuntungan / mementingkan diri
Cing Huat sanggup meminjamkan wang kepada Pak Musa dengan cagaran tanah. Jika gagal membayar hutang tersebut, tanah Pak Musa akan dirampas oleh Cing Huat atau Cina Panjang.
- Bersikap Prejudis
Cing Huat tidak membenarkan anaknya Yew Seng berkawan dengan orang Melayu, khususnya Lazim kerana pada sangkaannya mereka akan menjadi malas seperti orang Melayu.
- Melebih-lebihkan anak lelaki
Cara berfikir Cing Huat masih terpengaruh dengan ayahnya yang tidak menghargai kelahiran anak perempuan. Akhirnya Cing Huat sedar akan kesilapannya apabila dia sanggup bekerjasama dengan orang Melayu dan India.
4. Watak Maniam
- Maniam datang dari Kerala, India.
- Dia tidak membawa isterinya.
- Seorang yang mengenang budi
Maniam berusaha mendapatkan kerja untuk Seman kerana Musa, ayah Seman, pernah membantunya semasa dia dipukul oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali.
- Seorang yang peramah
Maniam berbual-bual dengan penumpang lain di dalam kapal semasa dalam pelayaran ke Pulau Pinang.
- Seorang yang bertanggungjawab
Maniam mengirim wang kepada isterinya di India melalui Pillay.
- Seorang yang setia
Maniam tidak berkahwin setelah meninggalkan isterinya, Malini.
- Seorang yang penyayang
Tidak membenarkan isterinya membuat kerja rumah ketika isterinya sarat mengandung kerana amat sayang akan isterinya.
5. Watak Pak Musa
- Seorang yang tidak berpandangan jauh / tidak mementingkan pendidikan anak-anak.
Pak Musa tidak membenarkan anaknya pergi sekolah untuk belajar. Bermacam-macam cara dilakukan untuk mengelakkan anaknya, Seman daripada ke sekolah.
- Seorang yang pandai menyimpan rahsia
Pak Musa tidak memberitahu isterinya yang dia telah menjual tanah dan menggadaikan tanah rumahnya.
- Seorang yang suka berhutang
Pak Musa membeli barangan dapur secara berhutang di kedai Cina Panjang.
- Seorang yang suka menolong orang
Pak Musa menolong Maniam yang cedera walaupun mereka berlainan bangsa.

Latar
Latar Masa
1. Zaman sebelum kedatangan Jepun
-Maniam dari India belayar ke Pulau Pinang untuk mencari pekerjaan bagi mengubah kehidupan keluarganya.
2. Zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941)
- Rakyat Tanah Melayu merasai keperitan hidup kerana sukar mendapatkan makanan semasa Jepun memerintah Tanah Melayu.
3. 21 tahun
- Maniam teringat akan anaknya walaupun sudah 21 tahun dia berpisah dengan Malini dan tidak pernah melihat anaknya.
4. Waktu malam
- Seman memanggil Pak Utih untuk mengubatkan bapanya yang batuk teruk.
5. 7.00 pagi
- Orang-orang Cina yang menaiki tongkang untuk ke Rantau Selatan diberi makan bubur dan lobak masin
Latar Tempat
1. Kampung Nyiur Condong
- Pak Musa dan keluarganya tinggal di kampung Nyiur Condong.
2. Singapura
- Kim Lock bekerja sebagai penarik lanca di Singapura untuk menampung kehidupannya.
3. Lukut
- Kim Lock dan Cing Huat bekerja di lombong bijih timah di Lukut.
4. Pelabuhan Pulau Pinang
- Maniam menjadi kuli mengangkat barang di Pelabuhan Pulau Pinang.
5. Di rumah Perumal
- Malini menjalani pelbagai upacara penyucian diri sebelum dikahwinkan dengan Maniam.
6. Rumah kuli ladang getah
- Maniam membenarkan Seman meninggalkan ibunya, Mak Limah, dan Poh Eng di situ untuk berlindung daraipada tentera Jepun.
7. Pekan Simpang Empat
- Kim Lock memulakan perniagaan keluarganya di Pekan Simpang Empat
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang suka berhutang.
- Pak Musa berbelanja di kedai Cina Panjang secara hutang sehingga sukar untuk melunaskannya.
2. Masyarakat yang gigih bekerja
- Kim Lock gigih berusaha melakukan pelbagai pekerjaan untuk mengumpul wang semasa berada di Singapura.
3. Masyarakat yang suka menolong orang
- Musa menyelamatkan Maniam yang cedera dipukul orang walaupun mereka berlainan bangsa.
4. Masyarakat yang mengenang jasa
- Poh Eng berusaha berjumpa dengan Mak Limah yang telah menjaganya dengan baik semasa pendudukan Jepun bagi mengenang jasa Mak Limah.
5. Masyarakat yang setia kepada suami
- Malini sangat setia dan sentiasa merindui Maniam walaupun suaminya telah meninggalkannya.
6. Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan anak-anak
- Pak Musa tidak membenarkan anaknya pergi sekolah untuk belajar. Bermacam-macam cara dilakukan untuk mengelakkan anaknya, Seman daripada ke sekolah.
7. Masyarakat yang mudah percaya akan khabar angin
- Perumal dan orang-orang kampung mudah percaya dengan kata-kata Suppiah tentang Maniam.
8. Masyarakat Jepun yang zalim dan kejam
- Kedatangan Jepun ke Tanah Melayu menyusahkan semua orang dengan kezaiman mereka.

Gaya Bahasa
1. Diksi
- Penggunaan telor Cina
Contoh : “Gua tidak mahu miskin susah sama lu, Seman,” kata orang Cina itu setelah Seman duduk di atas bangku …
- Penggunaan Bahasa Inggeris - lodging
- Penggunaan Bahasa Jepun – Heiho, kempeitai
2. Personifikasi
- Malam yang masih muda….
- Bunyi jengkerik mendayu-dayu, begitu memilukan….
3. Simile
- Tangan Mak Limah yang berkerut seribu dan kurus seperti cakaran itu terus menghentak-hentak……
- ….Musa pejam rapat, nafasnya saja yang agak keras seperti lembu marah.
- …Dalam masa hatinya bergelora bagai laut musim tengkujuh itu.
4. Peribahasa
- Makan hati berulam jantung
5. Hiperbola
-Gejolak kemarahan itu menjilat-jilat ke kiri kanan, mencari gas pembakar dari bahan-bahan kering untuk menyemarakkan lagi nyalanya, untuk mempercepat kemusnahan.
6. Sinkope
- Banyak singkatan digunakan – sesuai dengan latar belakang watak, cerita, dan latar zaman cerita ini .
- Contoh :
- “Aku belum mahu kahwin, mak,” katanya. Belum ada perempuan yang bersetuju dengan hatiku.”
- “Masakan tak ada pula,” jawabnya. “Anak tahir yang nombor dua itu bukan tak cantik. Kalau kau mahu yang cantik…..
7. Imej Alam
- Daun mengkuang.
- Cahaya matahari
- Belalang…
8. Pengulangan
- Matahari petang ayun-temayun. Sinar keemasan yang terakhir itu tertebar di merata tempat di permukaan bumi: Di atas daun pisang, di atas pelepah kelapa, di atas rumput, di atas belakang Seman di atas muka Mak Limah yang sudah lisut itu.
- Kematian menjadi salah satu rukun hidup di mana-mana saja, di kota mahupun di kampung, di laut mahupun di darat.
9. Anafora
- Dia berjalan tidak menoleh kiri dan kanan. Dia mahu lekas sampai di rumah, mahu lekas tahu apa yang sudah dilakukan orang terhadap mayat bapanya.
- Dia tidak peduli. Dia mencangkul juga.

Nilai
1. Nilai mengenang budi
- Maniam berusaha mendapatkan kerja untuk Seman kerana Musa, ayah Seman, pernah membantunya semasa dia dipukul oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali.
2. Nilai bertanggungjawab
- Maniam mengirim wang kepada isterinya di India melalui Pillay.
3. Nilai kesetiaan
- Maniam tidak berkahwin lagi setelah meninggalkan isterinya, Malini.
4. Nilai kasih sayang
- Tidak membenarkan isterinya membuat kerja rumah ketika isterinya sarat mengandung kerana amat sayang akan isterinya.
- Kim Lock sangat menyayangi Ching Huat. Dia sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melindungi anak-anak mereka. Ada orang yang mahu membeli Cing Huat tetapi dia tidak bersetuju.
5. Nilai kegigihan
- Di Tanah Melayu, Kim Lock sekeluarga berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk memperbaiki kehidupan mereka. Hasil kegigihannya, Kim Lock berjaya membuka kedai yang menjual pelbagai barangan.
6. Nilai tidak mudah putus asa
- Gagal di satu-satu tempat, tidak mematikan semangat Kim Lock, sebaliknya dia berpindah dari satu tempat ke satu tempat sehinggalah dia bertapak kukuh di Simpang Empat sebagai pekedai runcit dan pelbagai barangan lain.
7. Nilai Cinta akan tanah air
- Cing Huat berusaha dengan cara sendiri untuk membina sekolah di kawasan tempat tinggal mereka bagi memastikan anak-anak kaum Cina tidak lupa akan asal-usul dan bahasa ibunda mereka.
Nilai
- Kaum India yang diwakili oleh Cikgu Raman juga mendirikan sekolah Tamil agar anak-anak India tidak lupa akan asal-usulnya.
8. Nilai prihatin
- Cing Huat berusaha dengan cara sendiri untuk membina sekolah di kawasan tempat tinggal mereka bagi memastikan anak-anak kaum Cina tidak lupa akan asal-usul dan bahasa ibunda mereka.

Pengajaran
1. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang pernah membantu kita semasa kita menghadapi masalah.
- Maniam berusaha mendapatkan kerja untuk Seman kerana Musa, ayah Seman, pernah membantunya semasa dia dipukul oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali.
2. Seorang suami hendaklah bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri masing-masing.
- Walaupun bekerja jauh daripada isterinya, Maniam tetap mengirim wang kepada isterinya di India melalui Pillay.
3. Seorang suami sepatutnya sentiasa setia kepada isteri masing-masing walau di mana mereka berada.
- Maniam tidak berkahwin lagi setelah meninggalkan isterinya, Malini.
4. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah adil dalam mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak.
- Maniam tidak membenarkan isterinya membuat kerja rumah ketika isterinya sarat mengandung kerana amat sayang akan isterinya.
- Kim Lock sangat menyayangi Cing Huat. Dia sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melindungi anak-anak mereka. Ada orang yang mahu membeli Cing Huat tetapi dia tidak bersetuju.
5. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
- Di Tanah Melayu, orang Cina dan India berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk memperbaiki kehidupan mereka. Contohnya, hasil kegigihannya, Kim Lock berjaya membuka kedai yang menjual pelbagai barangan.
Pengajaran
6. Kita tidak seharusnya mudah putus asa terhadap sebarang kegagalan.
- Gagal di satu-satu tempat, tidak mematikan semangat Kim Lock, sebaliknya dia berpindah dari satu tempat ke satu tempat sehinggalah dia bertapak kukuh di Simpang Empat sebagai pekedai runcit dan menjual pelbagai barangan lain.
7. Kita hendaklah mencintai tanah air sendiri.
- Cing Huat berusaha dengan cara sendiri untuk membina sekolah di kawasan tempat tinggal mereka bagi memastikan anak-anak kaum Cina tidak lupa akan asal-usul dan bahasa ibunda mereka.
- Kaum India yang diwakili oleh Cikgu Raman juga mendirikan sekolah Tamil agar anak-anak India tidak lupa akan asal-usulnya.
8. Kita hendaklah menderma kepada orang yang memerlukan sekiranya kita mampu.
- Cing Huat berusaha dengan cara sendiri untuk membina sekolah di kawasan tempat tinggal mereka bagi memastikan anak-anak kaum Cina tidak lupa akan asal-usul dan bahasa ibunda mereka.
9. Setiap orang perlu rajin berusaha untuk mencapai kejayaan.
- Pengajaran ini dapat digambarkan melalui watak Seman, Kim Lock, Cing Huat, dan Maniam.




*minta maaf kpd sumber bhn diatas krn mengambil maklumat ini tanpa kebenaran