December 28, 2010

harap dpt tlg sesape yg ye... (PAPA...(AKHIRNYA KAUTEWAS JUA!!)... aspek komsas


Assalamualaikum....
ni ade maklumat la tntg novel PAPA yg ak blaja mse f4 dlu... novel ni agk bosn... so ak rse bek korg bce note je.... n ak harap dpt bntu korg!!!!!


SINOPSIS

          Kehidupan Intan Julia (Ju) bersama-sama papa (Jeffri), mama (Intan Maliana), serta Mak Cik Noraini begitu bahagia. Semasa di rumah, Mak Cik Noraini sering bercerita tentang sejarah percintaan antara mama dengan papa Ju. Perbualan mereka terhenti apabila papa dan mama pulang, Jeffri memberitahu bahawa Intan Maliana hamil buat kali kedua. Situasi itu telah mengundang kebimbangan Mak Cik Noraini dan rakan-rakan Intan Maliana kerana mereka tahu risiko yang bakal dihadapi oleh Intan Maliana. Namun demi kasih akan suaminya, Intan Maliana nekad untuk meneruskan kandungannya..
          Intan Maliana melahirkan dua orang cahaya mata kembar siam yang melekat dari kepala hingga punggung. Namun, kedua-dua bayi itu yang diberi nama Ahmad dan Muhammad meninggal dunia, manakala Intan Maliana koma selepas mengalami komplikasi. Jeffri mengambil alih tugas Intan Maliana. Ju yang meningkat dewasa mula rapat dengan Rasylan, rakan sekolahnya. Hubungan itu ditentang oleh papanya kerana status keturunan dan asal usul Rasylan. Ju dan Rasylan yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melanjutkan pelajaran di Pusat Matrkulasi UIA.
         
Julia terserempak beberapa kali dengan Aisyah dan papanya berbual-bual di kedai makanan segera. Julia terdengar perbualan antara Mak Cik Noraini dengan papa tentang hasrat papanya yang mahu berkahwin lagi. Konflik berlaku apabila Julia mengeluarkan kata-kata yang menimbulkan kemarahan papanya sehingga mengakibatkannya ditampar oleh papanya. Memikirkan kebahagiaan papa, Julia akhirnya bersetuju dengan hasrat papanya yang mahu berkahwin lain. Jeffri mengahwini Aisyah. Julia pula berjaya menamatkan kursusnya di Pusat Matrikulasi UIA.
          Papa menegur mama yang masih koma. Tiba-tiba, Intan Maliana yang telah bertahun-tahun koma tersedar. Ju terkejut dan berasa amat gembira, manakala Jeffri kelihatan tenang sambil tersenyum. Suasana gembira bertukar sepi apabila Aisyah masuk ke bilik itu sambil memegang bahu Jeffri. Intan Maliana kelihatan marah. Jeffri menceritakan perkara sebenarnya. Sejurus selepas itu, Intan  Maliana meninggal dunia. Papa menangis kesedihan meghadapi situasi tersebut.


TEMA

Novel ini bertemakan kasih sayang antara ahli keluarga. Kasih sayang amat penting untuk mewujudkan keluarga yang bahagia dan harmoni.

Contoh peristiwa:
1. Papa
Sebelum mama koma, hubungan mama dan papa sangat mesra dan erat. Setelah mama koma, papa tidak pernah cuai menjaga mama. Papa sentiasa menemani dan berbual-bual dengan mama. Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Walaupun telah berkahwin lain, kasih sayang papa kepada mama tidak pernah pudar bahkan papa melarang isteri keduanya, Aisyah masuk ke dalam bilik mama berseorangan kerana bimbang sesuatu yang buruk akan berlaku. Kali terakhir papa menangis sewaktu kelahiran Julia, namun papa menangis lagi sewaktu mama meninggal dunia.
2. Mama

Mama membuktikan kasih sayangnya kepada papa dengan mengandung lagi walaupun dia mengetahui risiko yang bakal dihadapinya. Mama pernah mengalami komplikasi dan koma semasa melahirkan Julia. Namun begitu, mama tetap meneruskan kandungannya walaupun telah dinasihati oleh Mak Cik Noraini dan rakannya, Cikgu Suzie.

3. Julia

Demi kebahagiaan dan kesejahteraan papa, Julia membenarkan papa berkahwin dengan Aisyah walaupun pada awalnya, dia menentang hasrat papa itu.


PERSOALAN

1. Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan.
- Ketabahan Jeffri diuji ketika isterinya koma. Dia tidak berputus asa berusaha untuk mengubati isterinya supaya pulih seperti sediakala.
-Ketabahan Jeffri juga jelas semasa menghadapi kematian anak
kembarnya.

2  .  Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagian pasangan masing-masing 
-Intan maliana sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya
-Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun

3  .  Kesetiaan seorang suami terhadap isterinya.
-Jeffri setia menemani isterinya yang koma selepas kehilangan banyak darah semasa melahirkan kembar Ahmad dan Muhammad.
-Jeffri juga enggan berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik Noraini sebagai bukti kesetiaannya itu.Namun, keputusan untuk berkahwin lain dibuat selepas bertahun-tahun hidup keseorangan.

4  .  Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan.
-Jeffri tabah menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk mengubatinya.
 -Jeffri juga tabah tatkala kedua-dua anak kembarnya turut meninggalkannya.


PLOT

EKSPOSISI
Keadaan keluarga Julia, Papa (Jeffri) , dan Mama (Intan Maliana) digambarkan amat bahagia. Kasih sayang antara papa dengan mama menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan hidup mereka. Sebagai anak, Julia berasa kagum terhadap kasih sayang antara papa dengan mama. Julia turut rasa bangga kerana mempunyai sebuah keluarga yang dibentuk atas dasar kasih sayang seorang suami yang tidak berbelah bahagi terhadap isterinya.

PERKEMBANGAN
Papa memaklumkan Julia bahawa mama telah mengandung sekali lagi. Julia akan mempunyai adik sebagai pelengkap keluarga mereka. Mak Cik Noraini bimbang Mama akan menghadapi kompilasi seperti dahulu. Mama jtuh koma manakala Julia menghidapi masalah alah susu tepung. Mak Cik Noraini terpaksa mengeluarkan susu mama dengan bantuan doktor. Namun, kejadian itu tidak menggentarkan mama. Baginya, dia hanya perlu tabah dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Dalam pada itu, dia sanggup menghadapi risiko demi membahagiakan papa.
 Di sekolah pula, Julia sempat berkenalan dengan Rasylan, seorang pelajar baru dikelasnya. Ketampanan Rasylan Berjaya menarik perhatian Julia. Rasylan merupakan anak angkat kepada Datuk Mustakim. Pada masa yang sama, rakan sekerja mama, Cikgu Suzie, turut menyuarakan kebimbangannya terhadap keadaan mama yang mengandung lagi. Beliau menasihati mama agar pandai menjaga diri kerana beliau tidak ingin melaihat mama ditimpa sebarang kecelakaan.
Tidak lama kemudian, mama sakit memandangkan sudah tiba masanya untuk mama bersalin. Papa, Julia Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bersalin. Namun, mama menghadapi komplikasi sekali lagi kerana sukar untuk melahirkan anak kembar yang dikandungnya dan terpaksa dibedah. Tidak lama kemudian, doktor yang bertanggungjawab membedah mama memberitahu bahawaanak kembar yang dilahirkan mama merupakan kembar siam. Namun begitu, mereka telah meninggal dunia sewaktu kandungan lagi. Mama pula jatuh koma. Jenazah Ahmad dan Muhammad dibawa pulang untuk dikebumikan.
Julia dan Rasylan semakin intim dan kini sepasang kekasih. Namun, papa tidak merestui hubungan mereka kerana bagi papa, Raslan tidak mempunyai latar belakang keluarga yang baik. Bapa angkatnya, Datuk Mustakim, merupakan orang yang melanggar ibu bapa papa sehingga mereka meninggal dunia.Keengganan Datuk Mustakim untuk bersemuka dengan papa selepas kejadian tersebut telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam diri papa. Rasylan cuba mengaturkan pertemuan antara mereka namun ditolak papa. Papa melarang Julia untuk terus berkawan dengan Rasylan membuatkan Julia terpaksa merahsiakan hubungan mereka.
Tanpa kehadiran mama di sisi, papa berasa sangat sunyi. Kehidupannya menjadi kurang ceria. Pada saat itulah, papa menjalinkan hubungan intim dengan Aisyah, salah seorang pelajarnya. Julia pernah terserempak dengan mereka dalam suasana penuh mesra di Restoran Pizza Hutt, Starbucks Coffee, dan Restoran A&W ketika dia keluar bersama- sama Rasylan. Ketidakpuasan hati Julia memuncak apabila papa ingin berkahwin dengan Aisyah. Julia yang tidak merestui perkahwinan tersebut telah bertengkar dengan papa. Dalam pertengkaran itu, papa telah menampar muka Julia. Tamparan itu telah meregangkan hubungan Julia dengan papa. Dalam kemarahan, Julia membuat keputusan untuk tidak pulang ke rumah pada hujung minggu itu. Dia menetap di kampus selam abeberapa minggu. Panggilan papa juga tidak dijawab.
Melalui Rasylan, Julia dapat mengetahui bahawa bapa kandung Rasylan ialah Encik Muaz al-Khalibi, salah seorang pensyarah UIA. Rasylan ialah anak luar nikah Encik Muaz dan pengemas biliknya yang berbangsa Indonesia. Selepas dilahirkan, Rasylan ditinggalkan oleh ibunya di tepi longkang. Nasib Rasylan baik kerana diselamatkan dan ditempatkan di rumah anak yatim sehinggalah Datuk Mustakim mengambilnya sebagai anak angkat. Encik Muaz ingin menjalin semula hubungan dengan Rasylan namun Rasylan enggan. Bagi Rasylan, sikap tidak bertanggungjawab Encik Muaz membuatkannya tidak layak untuk menjadi bapa Rasylan.
Tidak kira dalam apa jua keadaan, Julia tidak akan menafikan hubungan anak dengan bapa antara dia dengan papa. Akhirnya, papa Berjaya memujuk Julia untuk merestui perkahwinannya dengan Aisyah. Julia menerima Aisyah sebagai ibu tirinya demi membahagiakan papa yang kesunyian. Tidak lama kemudian, Aisyah mengandung. Berita tersebut cukup menggembirakan papa dan Julia.

KLIMAKS
Mama tiba-tiba sahaja sedar daripada koma. Selepas sedar, mama ingin memakan pizza. Papa pula sempat memperkenalkan Aisyah sebagai isteri keduanya.

PELERAIAN
Mama tidak dapat menerima bahawa dia telah dimadukan dengan Aisyah. Dalam tangisannya, dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir




WATAK DAN PERWATAKAN
INTAN JULIA
-Intan Julia atau lebih dikenali sebagai Julia ialah watak utama novel ini. Julia ialahseorang remaja yang menuntut ilmu di sekolah menengah dalam tingkatan lima. Bapanya bernama Jeffri manakala ibunya bernama Intan Maliana. Pada mulanya, keluarga Julia amat bahagia. Dia memperoleh kasih sayang yang mendalam  daripada ibu dan bapanya. Kehidupannya bertukar suram selepas ibunya koma dan adik kembarnya meninggal dunia. Namun Julia tabah menghadapi dugaan tersebut.
-PENYAYANG
Julia amat menyayangi ibu bapanya. Semasa ibunya jatuh koma, dia sentiasa mendoakan agar ibunya segera sembuh. Dia juga berusaha untuk menjaga ibunya setiap kali pulang daripada kampus pada hujung minggu. Julia turut menyayangi bapanya. Demi membahagiakan bapanya, Julia merestui bapanya untuk memperisterikan Aisyah.
-GIGIH
Julia gigih mengulang kaji pelajarannya. Berkat kegigihan dan ketekunannya, dia Berjaya lulus SPM dengan cemerlang. Akhirnya, dia ditawarkan peluang untukmenyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.
-TABAH
Julia banyak menghadapi cabaran hidup. Antaranya ialah keadaan ibunya yang jatuh koma, kematian adik-beradik ekmbarnya, kenyataan bahawa bapanya ingin berkahwin lagi, pertengkaran antara dia dengan Rasylan, dan kematian ibunya. Namun Julia sentiasa tabah dan sabar mengharungi cabaran serta dugaan hidup
-BERTOLAK ANSUR
Walaupun pada awalnya Julia tetap dengan pendiriannya yang tidak mengizinkan papanya berkahwin lagi, namun, setelah dibawa berbincang, Julia membenarkan atas sebab-sebab kesihatan .















JEFFRI (papa)
-Jeffri merupakan bapa kepada Julia. Sebagai ketua keluarga, jeffri memikul
tanggungjawabnya dengan baik. Dia bekerja sebagai pensyarah dalam bidang ekonomi di Kolej Iktisas. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi dan berlandaskan keikhlasan hati. Lantaran itu, dia amat sedih apabila mama jatuh koma. Kesunyian yang dialaminya membawa kepada pperkahwinan antara dia dengan Aisyah
-PENYAYANG
Papa amat menyayangi mama dan Julia. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi walau apa jua rintangan yang terpaksa diharunginya. Dia membawa mama pulang ke rumah agar dia sentiasa dapat berdampingan dengan mama yang koma. Dia juga amat sayang akan Julia. Dia tidak membenarkan Julia berkawan dengan Rasylan kerana latarbelakang keluarganya tidak baik.
-PENDIRIAN TEGAS
Papa amat tegas dengan pendiriannya bahawa Rasylan bukan orang yang baik-baik. Walaupun Julia menyatakan rasylan baik-baik orangnya, papa tetap melarang Julia daripada terus berkawan dengan Rasylan. Papa juga tetap dengan pendiriannya untuk berkahwin lagi. Walaupun Julia tidak bersetuju dengan keputusannya, papa cuba memujuk dengan sedaya upaya supaya Julia menerima kehadiran Aisyah dalam hidupnya.
-KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Papa turut sentiasa mengerjakan sembahyang tepat pada waktunya. Papa sentiasa reda dan berserah kepada takdir.
-PRIHATIN
Papa prihatin terhadap kesihatan mama dan sentiasa menasihati mama agar menurut arahan doktor. Dia juga prihatin dengan perasaan Julia yang tidak mahu papanya berkahwin lagi lalu memujuknya.


















INTAN MALIANA (mama)
-Intan Maliana ialah isteri kepada Jeffri dan ibu kepada Julia. Dalam novel ini, watak ini lebih dikenali sebagai mama atau Kak Maliana. Mama amat menyayangi papa dan sanggup berkorban untuk kebahagiaan papa. Dia pernah menghadapi komplikasi ketika melahirkan Julia suatu ketika dahulu. Mama bekerja sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Seri Gading.
-SANGGUP BERKORBAN
Walaupun menyedari hakikat bahawa dirinya akan menghadapi kesulitan semasa melahirkan anak, mama tetap dangan keputusannya untuk mengandung lagi. Mama sanggup berkorban untuk membahagiakan papa yang ingin menambah ahli keluarganya.
-PENDIRIAN TEGAS
Mama tegas dengan pendiriannya bahawa dia tidak akan menggugurkan kandungannya. Walaupun banyak orang telah menasihatinya agar tidak meneruskan kandungan ini, dia tetap dengan keputusannya demi membahagiakan raja hatinya.
-BERTANGGUNGJAWAB
Mama merupakan seorang guru yang bertanggungjawab. Dia begitu berusaha membertunjuk ajar kepada pelajarnya sehingga dia disukai oleh pelajarnya. Mama dikatakan sentiasa berdedikasi dalam menyalurkan ilmu pengetahuan kepada anak muridnya.
-PENYAYANG
Kasih sayangnya yang mendalam terhadap papa terbukti apabila dia sanggup
mengandung lagi demi memenuhi hasrat papa




GAYA BAHASA

-Penggunaan Bahasa Inggeris
"Have you think it over?" (m/s 38)
"Julia...I want you to remember only one thing, I LOVE YOU!" kata Papa dengan
muka yang amat tenang dan penuh beremosi. (m/s 66)

-Ungkapan Bahasa Cina
Macam kata orang Cina, car beh liau, iauitu dimakan tidak habis. (m/s 48)

-Sinkof
"Kalau tak sekarang, bila lagi kak? Kerja saya ni bukannya tentu! Sekarang saya
ada masa, buat apa nak tangguh-tangguhkan lagi!" (m/s 51)

-Simile
Renungan mata papa amat tajam setajam tombak hulubalang yang mengawal
istana. (m/s 44)

-Peribahasa
Walaupun pada mulanya mereka nampak garang, tetapi apabila digertak sedikit,
akan senyaplah macam cicak berak kapur! (m/s 34)


NILAI MURNI

1-    Kasih sayang
a.     Jeffri sanggup korbankan kepentingan dirinya kerana menjaga isterinya yang koma
2-    Berdikari
a.     Ju tinggal di kolej kerana tidak mahu menyusahkan bapanya
3-    Prihatin
a.     Rakan Intan Maliana dan Jeffri datang menziarahi jenazah Ahmad dan Muhammad yang meninggal dunia selepas dilahirkan
4-    Sabar
a.     Jeffri bersabar dan menerima ketentuan Tuhan apabila isterinya koma dan kedua-dua bayinya yang baru lahir meniggal dunia
5-    Taat
a.     Ju taat kepada perintah papa dan mamanya
6-    Rajin
a.     Mak Cik Noraini rajin melakukan kerja rumah
7-    Berani
a.     Mak Cik Noraini berani menegur kesilapan Jeffri dan Intan Maliana

LATAR

LATAR MASA
ZAMAN MODEN
-zaman ini sudah wujud peralatan canggih seperti kelengkapan-
kelengkapan di hospital dan sebagainya
-sekitar 2000-an
TEMPOH MASA
-bermula dari Julia berada dalam Tingkatan 4 sehingga dia
menyambung pengajiannya di UIA(3 tahun)
14 TAHUN DAHULU
-sewaktu mama mengimbas kembali kisah silamnya sewaktu
melahirkan Julia


LATAR TEMPAT
Sekolah Menengah Seri Gading
-tempat Intan Maliana mengajar
-tempat Julia belajar
Restoran Starbucks, Mid Valley Megamall
-tempat Julia dan Rasylan sering bekunjung
-tempat Julia terserempak dengan papa dan Aisyah
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras
-tempat mama dibedah
-tempat kembar siam diumumkan meninggal dunia
Universiti Islam Antarabangsa di Gombak, Selangor
-tempat Julia dan Rasylan menyambung pelajaran selepas
berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM
Kedai Kopi (Coffee House) di Hotel Paya Serai
-tempat Papa memujuk Julia agar merestui perkahwinannya
dengan Aisyah


LATAR MASYARAKAT
Masyarakat Moden
-sudah wujud permainan moden seperti Tenis dan peralatan canggih di hospital
Masyarakat Pendidik
-Papa merupakan pensyarah bidang ekonomi
-Mama merupakan guru Matematik
Masyarakat anak angkat
-Rasylan diambil sebagai anak angkat oleh Datuk Mustakim
Masyarakat Berpoligami
-Papa berkahwin dengan Aisyah semasa mama koma


PENGAJARAN

1-    Kita perlu bertanggungjawab dalam memikul amanah
a.     Jeffri sanggup menjaga isterinya koma selama lebih tiga tahun
2-    Kita harus menjauhi perkara yang dilarang dalam agama
a.     Perbuatan Muaz al-Khalibi yang menodai pengemas bilik warga Indonesia itu perlu dihindari oleh anggota masyarakat.
b.     Perbuatan pengemas bilik tersebut membuang Rasylan di tepi longkang besar pula sewajarnya menjadi pengajaran kepada semua
3-    Kita hendaklah memilih kawan berdasarkan keperibadian dan akhlaknya, bukan asal usul atau status sosialnya
a.     Intan Julia tidak keberatan berkawan dengan Rasylan walaupun mengetahui asal usul keturunannya
4-    Kita seharusnya bersabar dan tabah menghadapi ketentuan dan dugaan daripada Tuhan.
a.     Sikap sabar Jeffri ketika menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun itu menjelaskan ketabahan Jeffri menerima ketentuan Tuhan
5-    Kita hendaklah bersimpati dan prihatin terhadap musibah yang menimpa orang lain
a.     Sikap rakan Intan Maliana dan Jeffri serta kaum keluarga mereka menziarahi Intan Maliana dan pengebumian kedua-dua anak kembar, Ahmad dan Muhammad
 *kepada sumber yg diambil sy mmohon maaf krn mngambil maklumat ini tanpa kebenaran...

No comments:

Post a Comment